Ada beberapa kreteria utama untuk menjadi wanita solehah.
Antaranya;
1. Menutup Aurat semasa kediadaan suami.
2. Tidak derhaka kepada Suami.
3. Menjaga Harta suami.
4. Menjaga keperluan Makan minum pakaian suami dan anak-anak.
5. Menjaga keintiman suami isteri.
Pokok pangkalnya untuk anda menjadi seorang wanita yg solehah dalam perkahwinan kerana di dalam alam berumahtangga tersebut ada pelbagai dugaan dan cabaran yg perlu dilalui. Orang perempuan juga diberi kelebihan semasa melahirkan anak. Setiap urat yg merasa sakit semasa mengandung atau hendak melahirkan Allah beri ganjaran Pahala yg berlipat kali ganda. Setitis Susu ibu itu pun dikira sedekah. Orang perempuan juga diberi kelebihan semasa datang haid. Mereka tidak wajib bersolat sekiranya datang haid dan digalakkan untuk berzikir dan membaca Al-Quran. Orang perempuan juga tidak digalakkan untuk ke masjid bersolat berjemaah. Digalak bersolat dirumah supaya menjauhi fitnah. Dan beberapa perkara yg tidak disebutkan di sini menunjukkan betapa mudah golongan wanita yg boleh mengecapi syurga. Dengan menutup Aurat sahaja. wanita tersebut memasuki syurga seawal 40 ribu tahun daripada suaminya. Menutup aurat itu memang penting tetapi dari sudut yg lain Islam menjaga wanita dan iktiraf/mengangkat darjat wanita pada tahap yg tinggi. Tetapi kebanyakkan daripada kita tidak menyedari betapa pentingnya menutup aurat. Cuba saudara/saudari bayangkan betapa indahnya Islam.
0 comments:
Post a Comment